06/07/2012

QGIS gets endorsed by JPBD Planning and Management Comittee

Historical Malacca was the venue for the JPP meeting.
Rural kampung found in the heart of an urabn township
QGIS disahkan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan JPBD


17.6.2012 merupakan tarikh penting bagi QGIS di Malaysia. Ini adalah kerana Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan (JPP) JPBD, jawatankuasa tertinggi yang meluluskan cadangan polisi perancangan telah diadakan di Melaka pada 17.6.2012 dan ini adalah kali pertama QGIS dibentang di JPP yang terdiri dari pengarah negeri, pengarah pejabat projek dan pengarah bahagian. Objek kertas QGIS adalah untuk mendapatkan persetujuan supaya QGIS diberi keutamaan dari perisian GIS berbayar berkaitan dengan penggunaan perisian GIS. Satu perkara yang terlupa saya ambilkira terlebih dahulu adalah supaya memperolehi pandangan agensi releven seperti Open Source Competency Centre, Jabatan Persdana Menteri (OSCC, JPM). Ini adalah kerana isu utama yang dibangkitkan adalah sama ada GNU General Public License yang mana QGIS didaftarkan akan menyulitkan pengguna-pengguna pada satu hari kelak. JPP khuatir mengapa se siapa sudi menyediakan perisian percuma setahap dengan perisian berbayar akan tetapi tidak kisah mencari keuntungan, pasti ada sesuatu. Saya menjelaskan masih ada orang di dunia ni yang percaya kepada perkongsian yang juga falsafah Open Source. Selepas penjelasan diberi dan disokong oleh beberapa pengarah yang telah pun melaksanakan penggunapakaian QGIS, JPP memutuskan:
  1. QGIS akan dipasang (106 unit) di semua bahgaian dan pejabat projek yang kekurangan perisian GIS;
  2. Latihan QGIS training akan diberi kepada semua perangan negeri;
  3. Lebih ramai pelatih QGIS perlu diwujudkan;
  4. Kajian mengenalpastikan kelebihan dan kelemahan QGIS berbanding dengan lain-lain perisian GIS perlu dijalankan;
  5. Pandangan MAMPU, JPM perlu diperolehi mengenai implikasi penggunapakaian QGIS;
  6. Kajian mengenalpasti kos-kos dan risiko dari penggunpakaian QGIS, sekiranya ada, perlu dijalankan.
Selepas mesyuarat, saya bertanya Urusetia dan dimaklumkan kertas tersebut dianggap berjaya kerana:
  • Kertas tersebut tidak ditolak dan pada dasarnya diterima;
  • Jawatankuasa cuma ingin mendapat penjelasan tambahan mengenai penggunaan GNU General Pubic Licence;
  • Latihan QGIS masih diutamakan dan akan dilanjutkan termasuk penggunaan QGIS akan dilanjutkan ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa peringkat negeri sebaik saja latihan telah diberi.
Sebelum saya mengundur, Pengarah Perancang Negeri Terengganu memohon saya memberi taklimat kepada Pihak Berkuasa Negeri akan penggunaan QGIS dan perisian Open Source berkaitan dan terus saya bersetuju. Jika  Pihak Berkuasa Negeri tersebut menerimapakainya dan saya percaya mereka akan, ini bermakna 2 kerajaan negeri akan mengesahkan penggunaan QGIS. Kawan-kawan, nampaknya masa depan QGIS di JPBD amat cerah. Saya telah menjangka tahun 2012 adalah tahun QGIS dan kini, kita masih belum sampai ke hujung tahun lagi. Satu hari nanti apabila orang di kalangan GIS di Malaysia mencerita pasal GIS, akan dikaitkan dengan  jabatan saya... JPBD.


QGIS gets endorsed by JPBD Planning and Management Comittee

17.6.2012 represents an important day for QGIS in Maaysia. This is because the JPBD Planning and Management Committee (JPP) Meeting, a top management committee that approves propose planning poicies sat in Malacca on 17.6.2012 and that was the first time QGIS was given attention to the Committee which consists of state directors, state project office directors and division directors. The object to the QGIS paper was to get a consensus so that QGIS will be given priority over proprietary GIS when it concerns the use of a GIS software. A point I overlooked was to obtain before hand the opinion from relevant parties such as the Open Source Competency Centre, Prime Minister's Department (OSCC, JPM). This was because the main issue raised was whether the GNU General Public License which QGIS was registered under will not put users later in a fix when users get dependent on QGIS. There was a fear why anyone would want to give something free as good as a proprietary software and not make any profit out of it, there must be a catch. I explained that there are people out there that believe in sharing which is a philosophy of Open Source. After clarifications were made and verbal support from a few directors which already implemented the use of QGIS, the Committee made the following decisions:
  1. QGIS will be installed (106 units) at all divisions and project office currently lacking in GIS software;
  2. QGIS training will be extended to all state planning departments;
  3. More QGIS trainers need to be trained;
  4. A study identifying the strengths and weakness of QGIS against other GIS software shall be carried out;
  5. The advice of MAMPU, JPM will be sought to find out the implications of adopting QGIS;
  6. A study identifying any cost or risk in using QGIS, if any, shall be carried out.
After the meeting finished, I asked the Secretariat and the feedback was that the paper was a success because:
  • The paper was not rejected and in principle was accepted;
  • The Committee merely needed more clarification in the use of the GNU General Pubic Licence;
  • QGIS training was still emphasized and will still continue plus QGIS will be used at state planing departments after training has been extended.
Just before I left, the state director for Terengganu asked me if I was willing to brief the use of QGIS and other related Open Source Software to the State Authority and of course I said yes. If that state authority accepts and I believe they will, that will mean 2 states will eventually endorse the use of QGIS statewide. Well folks, it looks like bright days ahead for QGIS at JPBD. I had predicted 2012 will be the year of the QGIS and it is not even the end of the year yet. One day when people in the GIS world in Malaysia talk of QGIS, they will relate it to my department... JPBD.

No comments:

Post a Comment